بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Rochmany's Blog: Adakah Muhammad Diramalkan di Dalam Injil?
Go Green

Clock Link

Monday, December 30, 2013

Adakah Muhammad Diramalkan di Dalam Injil?


Parakletos atau Periklytos?

Adakah terdapat apa-apa ramalan bagi Nabi Muhammad di luar daripada Al-Qur'an? Adakah mana-mana Kitab Yahudi mahupun Nasrani yang mengatakan tentang kedatangannya? Ada umat Islam yang percaya bahwa di dalam Injil (iaitu Yohanes 16 ayat 7) terdapat rujukan kepada ramalan yang disebut-sebutkan dalam Surah 7 ayat 157 dan Surah 61 ayat 6.

Tafsiran Hamza, Jilid 1, m.s. 330 berkata bahawa: "Kita tidak dapat memberi ulasan bagi Ayat ini (Surah 7 ayat 157) yang dituntutnya jika tidak dihubungkait dengan Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru (di dalam Al-Kitab) misalnya Yohanes 16 ayat 7. Segala salah faham yang mengasingkan umat-umat Yahudi, Kristian dan Islam telah berpunca daripada cara perkataan 'parakletos' disebut atau ditulis. Penterjemah-penterjemah Injil telah menterjemahkannya sebagai 'Penolong' atau 'Penganjur'. Apakah seharusnya kita membacakannya sebagai 'Parakletos' atau pun 'Periklytos'?"

Umat Islam yang sedari bahwa Injil pada asalnya ditulis didalam bahasa Yunani telah memilih ejaan 'periklytos'; yang boleh diterjemahkan sebagai 'terpuji', mereka tidak menterjemahkannya sebagai 'parakletos' yang bermaksud 'Penganjur' atau 'Penolong'. Berdasarkan kepada nas Al-Quran (Surah 61 ayat 6) para Muslim seterusnya menuntut bahawa Yohanes 14 ayat 16 dan 16 ayat 7 (dalam Injil) adalah satu ramalan bagi kedatangan Muhammad, dan perkataan 'periklytos' pula merujuk kepada 'Ahmad' satu bentuk nama Muhammad, yang juga bererti 'Yang terpuji'.


Bahasa Yunani Mengesahkan 'Parakletos'

Sesetengah umat Islam telah mencuba menggantikan kata-kata vokal dalam perkataan ini di dalam tempat yang sesuai MENURUT pandangan mereka (iaitu menggantikan 'a-a-e-o' dalam 'Parakletos' dengan 'e-i-y-o' dalam 'periklytos'). Dalam bahasa Yahudi (Hebrew) dan Arab, kata-kata vokal (vowels) tidak terselit didalam perkataan-perkataan masing-masing dan kata vokalnya yang digunakan oleh penulis asal boleh dipertikaikan. Tetapi, sebaliknya dalam bahasa Yunani segala kata-kata vokalnya adalah di tulis dengan terang dan jelas di dalam semua nashkhah-nashkhah Yunani.


Nashkhah-nashkhah Yunani Mengesahkah 'Parakletos'

Kalaulah ada apa-apa yang dicurigai bagaimana perkataan ini ditulis, adalah mudah sekali bagi merujuk kepada nashkhah-nashkhah yang sedia ada. Sesiapa pun boleh memeriksa dokumen-dokumen dan nashkhah-nashkhah (termasuk kedua-dua yang paling tua, 'Codex Siniaticus' dan 'Codex Alexandrinus' yang terdapat di British Museum di London). Terdapat lebih daripada 70 buah nashkhah-nashkhah Yunani bagi Kitab Injil yang bertarikh sebelum kedatangannya Muhammad. Tidak ada satu pun di antara mereka yang menggunakan perkataan 'periklytos'! Semua nashkhah-nashkhah ini menggunakan perkataan 'Parakletos'. Pada hakikatnya perkataan 'periklytos' ini tidak terjumpa sama sekali di dalam Kitab Injil !


Oleh itu Muhammad bukannya 'Parakletos'

Di tengah-tengah pendebatan ini, umat Islam berhasrat memperolehi satu ramalan bagi kedatangan Muhammad di luar daripada Al Qur'an iaitu daripada Taurat mahupun Injil (Surah 7 ayat 157). Tanpanya ramalan itu, kewibawaan kesaksian Muhammad bergantung kepada Qur'an semata-mata dan kewibawaan Qur'an pula bergantung kepada Muhammad sahaja. Ini adalah perbincangan secara berpusing-pusing (circular reasoning) dan bukanlah satu cara menyokong hujah-hujah dengan sah dan kukuh. Oleh kerana tidak adanya apa-apa bukti menunjukkan Isa (a.s.) telah meramalkan kedatangan Muhammad di dalam Injil, maka ini merupakan satu masalah bagi para Muslim yang terpaksa menunjukkan adanya ramalan kedatangan Muhammad di luar al-Qur'an bagi menyokong kesahihan nabi mereka.


Jadi Siapakah Parakletos itu?

Ada satu lagi kerumitan bagi para Muslim apabila dia mengkaji dengan lebih teliti ayat-ayat yang berkenaan dgn.'parakletos'. Yohanes 14 ayat 16 berkata: "Aku (Isa) akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan memberi Penolong (Parakletos) lain, yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya". Kebanyakan orang Muslim memetik hanya ayat ini dan Yohanes 16 ayat 7 dan seterusnya menutup Kitab Injil. Walhal mereka telah gagal menyedari betapa pentingnya apabila mengkaji mana-mana bahan kesusasteraan atau ilmiah, adalah amat bahaya untuk meneliti ungkapan-ungkapan di luar konteks ungkapan-ungkapan itu. Kalaulah pembaca meneruskan bacaannya termasuk ayat-ayat berikutnya Yohanes 14:16 dan Yohanes 16:7, dia akan mendapati bahawa Isa Almasih telah membuat ramalan secara terperinci mengenai kedatangan dan identiti 'parakletos' itu.

Menurut konteks Yohanes bab 14 dan 16, Isa telah ramalkan bahawa 'parakletos' itu bukan seorang manusia:
14:16-- "yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya" (seorang manusia itu tidak dapat hidup selama-lamanya.)
14:17-- "Dia Roh Allah, yang menunjukkan apa yang benar" (seorang manusia berbeza daripada roh.)
14:17-- "Dunia tidak dapat melihat dia" (seorang manusia dapat dilihat.)
14:17-- "ataupun mengenal dia" (seorang manusia boleh dikenali orang.)
14:17-- "Dia ... bersatu dengan kamu" (seorang manusia tidak dapat disatukan dengan orang lain.)

Hazrat Isa telah menyatakan bahawa Misi Parakletos itu ialah untuk menumpukan perhatian orang ramai kepada dia:
14:26--"Tetapi Roh Allah, Penolong yang akan diutus oleh Bapa DEMI NAMA-KU (Isa)"
14:26--"(Dia) akan mengingatkan kamu segala yang telah Aku (Isa) katakan kepada kamu"
16:08--"Dia akan buktikan kepada orang dunia bahawa pendapat mereka tentang dosa ..semuanya salah"
16:14--"Roh (parakletos itu) akan memuliakan Aku (Hazrat 'Isa)"

Hazrat Isa telah menyatakan bahawa Parakletos itu adalah satu Roh:
14:17--"Dia Roh Allah, yang menunjukkan apa yang benar"
14:26--"Tetapi Roh Allah, Penolong yang akan diutus oleh Bapa demi nama Aku"

No comments:

Post a Comment